Friday, June 28, 2013

Jajahan Yang Tertinggal oleh Jemaah Pas

Masjid
Bila kita membicarakan tentang Islam ianya merangkumi aspek kehidupan yang sempurna dan sudah tentu terjaminnya segala bentuk kehidupan kearah bertamaddun dalam keredhaan ALLAH TAALA dan selalunya Islam itu bermula dengan mudah dan disudahi dengan mudah . Cuma kita kurang mengkaji dan mempelajari satu satu perintah yang disuruh dan dianuti tetapi banyak hanya mengaku tentang fanatiknya kepada Islam tetapi bukan pada isi yang terkandung dalam Islam . Lumrahnya kita lihat disekeliling perjalanan hidup kita dari sebelum baligh sehingga mengenal akan kewujudan Islam , masih banyak keterkeliruan tentang Islam sehinggakan mendahulukan yang harus dan meninggalkan yang amat wajib.

Begitulah perjuangan kita dalam berdakwah dan memperkenalkan Islam dimata masyarakat yang sememang samar-samar dengan intipati kelebihan Islam dan rata-ratanya meletakan Islam pada rukunnya bukan pada bentuk univesal(global) , iaitu Islam bergerak dalam semua arah kehidupan bukan statik kepada lingkaran bangunan Masjid tetapi menyeluruh sehinggakan ia mengerunkan pihak musuh yang sememangnya akan mencari kelemahan Islam.

Fungsi Masjid amat luas dan kedudukannya dalam sebuah masyarakat setempat amat besar dan ianya bergantung kepada peranan AJK sesebuah Masjid dan tidak dinafikan Masjid adalah bangunan yang paling mulia selepas Kaabah dan peranannya cukup menakutkan Yahudi dan Kristian , sehingga sekarang mereka berjaya mengurangkan jemaah 5 waktu yang wajib keatas orang Islam seluruh dunia dan ianya mempunyai impak yang kuat atas kemurniaan Islam .

Oleh itu untuk memajukan menyatukan Islam mestilah bermula dari Masjid dan itulah fungsi yang paling jitu dalam mempengaruhi masyarakat setempat bukannya luar dari lingkungan itu. Banyak faktor yang menyebabkan taring orang orang Islam tumpul dan tidak dapat mengerunkan pihak musuh dan diwaktu ini musuh Islam menganggap Masjid kita serupa dengan kuil kuil mereka , kerana dibangunkan dengan begitu cantik dan mahal tetapi fungsinya dengan masyarakat tidak berkesan dan kadang kala tidak tahu wujudnya program tertentu di Masjid .

Peranan Masjid Amat Banyak dan peranan tersebut :-

a) Menyatukan Perpaduan (PARTI) masyarakat setempat.
b) Pusat Bantuan Masyarakat Setempat.
c) Mengekalkan pengaruh Islam dalam masyarakat setempat.
d) Pusat Maklumat Tidak Rasmi atas perkembangan Islam setempat.
e) Mengerunkan Pihak Musuh.
f) Tempat Pengumpulan Dana dana tertentu.
g) Penyelidikan perkembangan penduduk setempat.
h) Benteng pertahan orang Islam diwaktu dharurat (Banjir/Ribut).

Banyak lagi untuk diperkatakan tentang peranan Masjid dalam memperluaskan pengaruhnya yang tidak ada sempadan untuk berdamping dengan rakyat .
Adapun kita kupaskan kepentingan Masjid dari sudut ekonomi yang akan bergerak dengan seiring peranan Masjid bila berdepan dengan rakyat amnya rakyat yang miskin , anak-anak yatim piatu , janda-janda miskin serta keluarga-keluarga miskin yang mempunyai anak yang cerdik dalam pelajaran.

Kedudukan :-

Sekiranya Masjid tersebut mempunyai kedudukan strateji yang baik iaitu berdekatan dengan sekolah , jabatan kerajaan ataupun hospital dan yang lebih molek ianya dipinggir bandar antara pekan dan desa kerana ia amat bersesuai dengan alunan muazin pada waktu solat fardhu .

Andaian :-

Kepadatan penduduk setempat lebih kurang 10,000 orang dan dari jumlah itu kita nisbahkan 7,000 penduduk Islam sekitar Masjid dan dari jumlah itu 1500 orang yang solat fardhu jumaat  dan dari 1500 jemaah 900 orang menyalurkan sedekah pada setiap pada setiap solat Jumaat yang rata-ratanya memberi RM3/= x 900 jemaah = RM2700 pada setiap kali solat fardhu Jumaat dilangsungkan dan didarabkan dengan 4xJumaat = RM10,800 dan ini pendapatan tunai Masjid tersebut dan kita belum kira aset aset lain tertentu seperti rumah sewa , rumah kedai dan tanah yang disewakan dan bermacam macam lagi jenis sumber dana untuk membantu rakyat setempat dan adakah kita sedar !

Peranan Masjid cukup luas dan besar pengaruhnya keatas masyarakat setempat dan peranan itu sudah jauh tergelincir kerana Masjid yang ada amat kedekut macam Yahudi tetapi Jemaah Pas meminggirkan diri dari peranan tersebut ...

Monday, June 3, 2013

Masjid

 Sesuatu yang telah hilang dalam dunia Melayu Islam dan sekian lama kita renung akan kepastiannya dalam kewujudan lanskap perjalanan dunia Melayu di Malaysia dan akhirnya ianya satu kekeliruan dalam pemikiran Melayu Islam tentang perlunya Masjid itu sebagai kekuatan atau sekadar lakaran diatas kertas dan malangnya ianya tiada jawapan yang mutlak untuk dimasukkan dalam minda kita .